INFO

SISTEM PENGAJARAN AL QURAN BERKATEGORI DI NBD

Sejarah Ringkas Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori
Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori ini mula diperkenalkan pda tahun 1997 oleh Bahagian dilaksanakan di sekolah-sekolah ugama pada tahun 1997. Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori ini pada asalnya adalah merupakan satu strategi yang digunakan di dalam program Hari Mengaji Sehari Suntuk. Hari Mengaji Sehari Suntuk hanya dijalankan sehari dalam seminggu persekolahan. Murid-murid akan dikategorikan mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing pada hari mengaji sehari suntuk ini. Sementara pada hari-hari persekolahan yang lain akan diajar oleh guru darjah masing-masing.
Sistem pengajaran Al Quran Berkategori ini adalah satu strategi pengajaran Al Quran yang dicadangkan dan diperkenalkan oleh Bahagian Al Quran untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah ugama sebagai salah satu cara untuk mempastikan semua murid sekolah ugama pandai membaca Al Quran.
Ia dinamakan sedemikian kerana murid-murid disetiap kelas dibahagikan kepada kategori-kategori tertentu mengikut tahap kemampuan dan kebolehan mereka dalam pembacaan Al Quran dan diajarkan mengikut teknik yang bersesuaian dengan kategori masing-masing. Adalah tidak adil bagi mengajarkan murid dalam kelas itu mengikut teknik / pendekatan / strategi yang sama sedangkan tahap kebolehan mereka berbeza. ( Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori, 2006.

Tujuan Pelaksanaan Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori ( SPAQB )
Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengajaran Al Quran Berkategori (2006), tujuan sistem ini diwujudkan ialah :

I. Bagi membolehkan murid-murid diajar mengikut potensi atau kebolehan masing-masing.
II. Supaya tumpuan pengajaran dapat diutamakan kepada murid-murid yang kurang penguasaan
dalam pembacaan Al Quran mengikut teknik / pendekatan / strategi yang sesuai dengan
tahap kebolehan mereka.

III. Bagi mempastikan semua murid sekolah-sekolah ugama boleh membaca Al Quran dengan
fasih, lancar dan bertajwed apabila menamatkan persekolahan ugama mereka.

Pengertian Bagi Setiap Kategori
a) Bagi kelas-kelas Rendah Atas ( Darjah IV, V dan VI termasuk Darjah III )

Kategori Alif : Boleh membaca keseluruhan Al-Quran dengan fasih, lancar, bertajwed dan tidak terdapat
kesalahan-kesalahan asas.
Kategori Ba : Boleh membaca keseluruhan Al-Quran dengan fasih dan lancar tetapi kurang sedikit dalam
bertajwed.
Kategori Jim : Boleh membaca keseluruhan Al-Quran tetapi kurang fasih, lancar dan Bertajwed.
Kategori Dal : Belum boleh membaca Al-Quran (masih ditahap mempelajari asas Al-Quran).
Kategori Khas : Tidak dapat belajar Al-Quran secara normal.

b) Bagi kelas-kelas Rendah Bawah ( Darjah Pra, I dan II )
Kategori Al-Quran : Boleh membaca Al-Quran atau sudah khatam Al-Quran walaupun kurang lancar dan
bertajwed.
Kategori Asas : Masih diperingkat asas pembelajaran Al-Quran.
Kategori Khas : Tidak dapat belajar Al Quran secara normal.

Cara Penentuan Kategori Murid
Penentuan kategori bagi setiap murid dibuat melalui penilaian, di mana setiap murid dinilai terlebih dahulu kemampuan dan kebolehan mereka membaca Al Quran oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan dan diberikan markah kemudian dibahagikan mengikut kategori-kategori yang ditentukan.

Sukat-sukat markah dalam penentuan kategori ini ialah :
a.Bagi kelas-kelas Rendah Atas ( Darjah IV, V, dan VI termasuk darjah III ) Kategori Alif : 80% – 100% , Kategori Ba : 65% – 79%, Kategori Jim : 50% – 64%, Kategori Dal : 0% – 49%, Kategori Khas : tiada sukatan tertentu, penerapan hanya mengikut kebolehan dan kemampuan murid.

b. Bagi kelas-kelas Rendah Bawah ( Pra, I dan II ) : kategori Al Quran : 41% – 50%, Kategori Asas : 0% – 40%, Kategori Khas : tiada sukatan tertentu, penerapan hanya mengikut kebolehan dan kemampuan murid.

Penilaian bacaan murid akan dibuat dari masa ke semasa. Jika sekiranya terdapat peningkatan. Murid berkenaan bolehlah dinaikkan ke peringkat kategori seterusnya tanpa menunggu kenaikkan darjah atau ke tahun berikutnya. Dari kategori Dal dinaikkan ke kategori Jim, Kategori Jim dinaikkan ke kategori Ba dan dari kategori Ba dinaikkan ke kategori Alif.
Sukat-sukat markah dalam penentuan kategori ini adalah dinilai dari sudut pencapaian, kemahiran, penguasaan dan kebolehan dalam bacaan Al Quran harian sahaja Penilaian tidak termasuk sepertimana cara penilaian ( pemarkahan ) peperiksaan formal sekolah.
Pemarkahan bagi sudut-sudut yang dinilai dalam penentuan kategori adalah seperti berikut :
a. Bagi kelas Rendah Atas
Tajwed : 80%
Fasih / lancar : 20%
b. Bagi kelas Rendah Bawah
Tajwed : 40%
Fasih / lancar : 10%

Masa Belajar ( Period ) Mengikut Sistem Pengajaran Berkategori.
Masa belajar Al Quran diperuntukkan sebanyak 6 period seminggu telah dibahagikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :

Bagi kelas-kelas Rendah Atas ( Termasuk darjah III )
a) Kategori Alif dan Ba – 2 period belajar mengikut sukatan, 3 period merentas sukatan dan 1 period pendedahan seni tilawah Al Quran.
b) Kategori Jim – 4 period bimbingan mengikut sukatan dan 2 period merentas sukatan.
c) Kategori Dal – 4 period bimbingan mengikut sukatan dan 2 period bimbingan memperbaiki asas Al Quran.
d) Kategori Khas – 6 period penerapan asas mengikut kebolehan dan kemampuan

Bagi kelas-kelas Rendah Bawah ( Pra , I dan II )
e) Kategori Al Quran – 4 period bimbingan mengikut sukatan dan 2 period bimbingan memperbaiki asas Al Quran
f) Kategori Asas – 4 period bimbingan mengikut sukatan dan 2 period bimbingan memperbaiki asas Al Quran
g) Kategori Khas – 6 period penerapan asas mengikut kebolehan dan kemampuan.
Pelaksanaan Pengajaran Al-Quran Berkategori
Setelah kategori murid ditentukan, pihak sekolah bolehlah melaksanakan pengajaran Berkategori ini dengan mengikut salah satu cara berikut :

a. Murid-murid diasingkan mengikut kategori di dalam darjah yang sama dengan penekanan khusus diberikan kepada murid-murid di bawah kategori Jim dan Dal, manakala murid-murid di bawah Kategori Alif dan Ba bolehlah masing-masing mentasmi’ bacaan sesama sendiri ( tidak salah jika mereka belajar merentasi sukatan ). Cara ini dilakukan jika guru aau bilik darjah tidak mencukupi.

b. Pihak sekolah membahagikan murid-murid daripada darjah yang sama kepada kelas-kelas berdasarkan kategori masing-masing. Dalam hal ini jika bilik darjah tidak mencukupi atau murid dalam satu-satu kategori terlalu sedikit, bolehlah disatukan murid-murid Kategori Alif dan Ba dalam satu kelas. Jim dan Dal dalam satu kelas ( bagi murid-murid kelas-kelas Rendah Atas : darjah IV, V, VI termasuk darjah III ).

Bagi Murid-murid kelas Rendah Bawah ( Pra, I & II ) , jika jumlah murid kategori Al-Quran tidak ramai, pengkategorian bolehlah dibuat seperti berikut :
i. Pengelompokan murid-murid dalam kategori asas yang belajar Buku IQRA 5 & 6 dengan murid-murid yang belajar Al-Quran dalam satu kelas.
ii. Murid-murid kategori Asas yang belajar Buku IQRA 3 & 4 dalam satu kelas.
iii. Murid-murid kategori Asas yang belajar Buku IQRA 1 & 2 dalam satu kelas.
c. Pihak sekolah menyeragamkan jadual waktu bagi period pelajaran Al-Quran supaya murid-murid di bawah kategori yang sama tanpa mengira kelas boleh ditempatkan dalam satu bilik darjah semasa pembelajaran Al-Quran dan diseragamkan pengajaran kepada mereka mengikut teknik yang ditentukan.

Teknik Pengajaran Dalam Sistem Pengajaran Al-Quran Berkategori.

Bagi kelas Rendah Atas :
a. Kategori Alif dan Ba
i. 2 period belajar mengikut sukatan
Darjah III : Surah Al Baqarah ayat 1 – 82
Darjah IV : Surah Al Baqarah ayat 83 – 196
Darjah V : Surah Al-Baqarah ayat 197 – 286 dan
Surah Ali Emran ayat 1 – 91
Darjah VI : Surah Ali Emran ayat 92 – 200 dan
Surah An-Nisa ayat 1 – 167

ii. 2 period merentas sukatan
 Praktik hukum-hukum tajwed secara kemas seperti nun mati dan tanwin, mim bersabdu, mim sukun, ghunnah, mad dan lain-lain.
 Bacaan huruf rahsia di permulaan surah.
 Bacaan hamzah wasal.
 Istilah tanda bacaan Al-Quran Resm Uthmani
 Membaca mengikut juz masing-masing.

iii. 2 period penerapan seni tilawah
• Memperkenalkan dan mendedahkan murid-murid dengan lagu-lagu Al-Quran
b. Kategori Jim
i. 4 period bimbingan mengikut sukatan
 Kenal pasti terlebih dahulu masalah dari semua segi yang ada pada setiap murid di bawah kategori ini.
 Bimbingan hendaklah fokus kepada masalah-masalah yang didapati.
 Laksanakan aktiviti bimbingan dengan merujuk kepada tajuk-tajuk asas dan resm Uthmani dalam buku IQRA sama ada muqaddimah atau penutup pengajaran.
 Masalah tidak lancar perlu kepada latihan membaca dengan menggunakan alat penunjuk supaya murid dapat memberikan tumpuan mata sepenuhnya.
 Masalah murid-murid di bawah kategori Jim boleh di atasi menggunakan Buku Asas IQRA 2, 3, 4, 5 dan 6 seperti berikut :
• IQRA 2 – m.s. 14 – 30
Tanda-tanda Mad Alif dan latihannya ( kadar dan perbezaan panjang / pendek )

• IQRA 3 – m.s. 6 – 13 (Tanda Mad huruf Ya dan latihannya)
– m.s. 17 – 29 ( Tanda Mad huruf Wau dan latihannya )

• IQRA 4
– m.s. 1 – 6 ( Bunyi tanwin ) dan
– m.s. 6 – 10 ( Perbezaan mad dan lin )
– m.s. 11 – 13 ( Pengenalan mim mati yang dihukumkan Izhar syafawi )
– m.s. 14 – 15 ( Pengenalan nun mati yang dihukumkan Izhar )
– m.s. 16 – 17 ( Pengenalan Qalqalah )
– m.s. 18 – 20 ( Pengenalan Hamsun )
– m.s. 20 – 22 ( Perbezaan huruf-huruf yang mati yang bersamaan makhraj huruf )
– m.s. 23 – 28 ( Latihan membaca panjang pendek )
– m.s. 29 – 30 ( Penilaian bacaan murid )

• IQRA 5 – m.s. 1 – 2 ( Hamzah wasal )
– m.s. 3 – 5 ( Cara waqaf dalam kalimah )
– m.s. 6 – 8 ( Waqaf, mad Ta Marbuthah )
– m.s. 10 ( cara membunyikan nun sukun dan tanwin

• IQRA 6 – m.s. 1 – 3 ( Latihan membunyikan nun mati dan tanwin berjumpa dgn huruf wau.
– m.s. 4 – 6 ( Latihan membunyikan nun mati dan tanwin berjumpa dengan huruf ya )
– m.s. 7 – 10 ( Latihan membunyikan nun mati dan tanwin berjumpa dengan huruf ba )
– m.s. 11 – 18 (Latihan membunyikan nun mati dan tanwin berjumpa dengan huruf ikhfa )
– m.s. 19 – 20 ( Tanda-tanda waqaf, waqaf pada idgham bighunnah musyaddad waqaf pada hamzah bertanda tanwin pada 2 huruf sakinah mad )
– m.s. 22 – 26 ( Waqaf pada hamzah bertanda tanwin pada 2 huruf sakinah mad )
– m.s. 27 – 31 ( Latihan huruf-huruf rahsia dan latihan keseluruhan.

ii. 2 period bimbingan merentas sukatan
 Bimbingan dengan memberikan murid-murid juz-juz Al-Quran tersendiri, mulai juz pertama dan diberikan kerja rumah dengan memberikan ayat-ayat tertentu mengikut urutan dan kemampuan murid.
 Bagi yang ada bimbingan di luar sekolah digalakkan mereka meneruskan juz dan ayat yang sedang mereka pelajari dan kemudiannya ditasmi’ oleh guru masing-masing.
 Guru memberikan penekanan semula apa yang telah dipelajari dan menerangkan tentang kesalahan-kesalahan atau kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam bacaan murid-murid melalui papan tulis.

c. Kategori Dal
i. 2 period bimbingan memperbaiki asas
• Kenal pasti masalah asas murid-murid di bawah kategori ini danfokus kepada masalah-masalah tersebut. Biasanya masalah murid di bawah kategori Dal ialah kekeliruan mengenal huru-huruf membawa kepada membunyikan huruf-huruf berbaris tunggal, bersambung, tanwin, sukun dan sabdu. Kesannya murid tidak boleh membaca.
• Guru membimbing dengan menggunakan Buku IQRA :
– IQRA 1 – m.s. 30 ( Penilaian huruf tunggal, fokus kepada huruf yang murid belum boleh )

– IQRA 2 – m.s. 1, 3, 5, 6, 11, 14, 21, 22 dan 24

– IQRA 3, 4, 5 dan 6 ( Digunakan mengikut perkembangan bimbingan )

ii. 4 period bimbingan dalam sukatan Al-Quran.

Bimbingan untuk memperbaiki asas Al-Quran ini mestilah melalui alat bantu mengajar atau sekurang-kurangnya menggunakan papan tulis. Dan pengajaran ini menghendaki murid-murid lebih aktif.

 Guru membimbing murid melalui ayat-ayat dalam sukatan dengan cara mengeluarkan huruf-huruf dan membunyikan atau membacakan huruf-huruf daripada ayat-ayat berkenaan ( yang diajarkan ).

 Guru mencontohkan bacaan, murid menyemak dan menunjuk ayat yang dibaca dengan kayu penunjuk dan baharulah murid membacanya sama ada dengan bantuan guru atau murid-murid lainnya dan begitulah seterusnya sehingga murid-murid telah beanr-beanr faham dan mengetahui fungsi baris dan sebutannya.

 Setelah murid-murid menunjukkan dan menampakkan perkembangan dalam tempoh tertentu, maka mereka tidak lagi dibimbing 2 period memperbaiki asas tetapi dibimbing keseluruhan 6 period memperbaiki Al-Quran dalam sukatan sehingga mereka boleh membaca.

d. Kategori khas
• Bimbingan hendaklah mengikut kemampuan murid jika dia tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti murid biasa.
• Penilaian dibuat secara berterusan mengikut perkembangan.
• Gunakan Buku IQRA 1 dan berikan latihan dalam apa bentukpun yang bersesuian mengikut masalah murid berkenaan.

Murid-murid Kelas Rendah Bawah
a. Kategori Al-Quran
Dibimbing sama sebagaimana murid-murid dalam kategori Jim di Kelas Rendah Atas.

b. Kategori Asas
Dibimbing mengikut Buku Yahyawiyah dan IQRA seperti berikut :
Pra : Yahyawiyah Permulaan
Buku IQRA 1 & 2 / mengikut kebolehan murid
Darjah I : Yahyawiyah Permulaan dan Buku 1
Buku IQRA 3 & 4 / mengikut kebolehan murid
Darjah II : Yahyawiyah Buku 2
Buku IQRA 5 & 6 / mengikut kebolehan murid

c. Kategori Khas
Sepertimana bimbingan kepada murid-murid kategori Khas dalam Kelas Rendah Atas.

Borang-Borang yang digunakan dalam penilaian

Terdapat 3 jenis borang dan buku penilaian yang disediakan oleh Bahagian Al-Quran, Jabatan Pengajian Islam bagi kemudahan guru-guru untuk membuat catatan penilaian pencapaian murid-murid dan kemudahan untuk membuat analisis pencapaian bagi pihak berkenaan secara keseluruhan.

i. 1 jenis borang / buku untuk catatan bacaan murid
Diisi oleh guru kelas untuk mencatatkan setakat mana bacaan murid dengan catatan penilaian kebolehan dan kemampuan bacaan masing-masing. Borang ini digunakan setiap hari dalam pengajaran.

ii. 2 jenis borang maklumat pencapaian murid dalam pembelajaran Al-Quran iaitu :

a. Borang ‘A’
Diisi oleh guru kelas Al-Quran tentang pencapaian dan penguasaan setiap orang murid dalam bacaan Al-Quran. Borang ini dicatat sepanjang penggal persekolahan dan diserahkan kepada Guru Kanan Al-Qurn pada bulan Mac dan September

b. Borang ‘B’
Diisikan oleh guru kanan Al-Quran sebagai rumusan dalam pembelajaran Al-Quran di sekolahnya. Borang ini diisi setahun 2 kali dan diserahkan ke pusat ( Bahagian Al-Quran pada setiap hujung bulan Mac dan September )

Siapakah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem pengajaran Al- Quran Berkategori di sekolah?

Ada tiga pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem pengajaran Al-Quran berkategori ini iaitu :

I. Guru Besar
Bertanggungjawab memastikan sistem ini dilaksanakan di sekolah masing-masing.
II. Guru kanan Al-Quran
Bertanggungjawab memantau perjalanan sistem pengajaran Al-Quran
Berkategori di sekolah masing-masing.
III. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Al-Quran
Bertanggungjawab melaksanakan pengajaran Al-Quran mengikut sisitem pengajaran Berkategori sepertimana garis panduan yang ditetapkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: