WAHYU ALLAH

PENGERTIAN WAHYU

Beberapa pengertian Wahyu segi bahasa antaranya ialah :

i. Memberitahu sesuatu dengan cara tidak jelas atau samar-samar dan segera

ii.Sesuatu yang ditulis atau al-Risalah ( الرسالة   ) yang bermaksud kerasulan.

iii.Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat mengetahuinya.

iv.Sesuatu yang ditulis atau al-Maktub ( المكتوب  ).

v.Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya.

vi.Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesame mereka.

 

Kesimpulannya, penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat yang tinggi. Ini sebenarnya hanya sebagai majaz ( مجاز   ) atau simbolik sahaja untuk menunjukkan ketinggian al-Quran dan kemuliaannya.

PENGERTIAN ISTILAH

Wahyu segi istilah ialah :

Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada para Nabi dan rasul-Nya, seperti al-Quran dan Hadis.

Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Quran. Hal itu kerana al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad, tetapi tidak semua wahyu itu berupa al-Quran, ada juga  berupa hadis. Kitab Zabur,Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.

Kesimpulannya, penurunan wahyu menurut istilah ialah penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Dari Langit dunia kepada Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam melalui perantaraaan Malaikat Jibril selama lebih kurang 23 tahun.

 JENIS-JENIS WAHYU

 i.Segala jenis percakapan di antara seorang hamba dengan Tuhannya [ Di sebalik hijab ].

Contoh : Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturkannya seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 164. 

ii.Wahyu dalam bentuk ilham  [ Allah mencampakkan ke dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilham dan pengetahuan yang benar.

iii.Wahyu dalam bentuk mimpi yang benar.

Contoh : Nabi Ibrahim bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-Saffat ayat 102 ).

iv.Wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril. Firman Allah dalam Surah al-Syu’ara ayat 193-195.

v.Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad di atas langit ketujuh pada malam Isra’ dan Mi’raj tentang sembahyang lima waktu.

CARA PENURUNAN WAHYU

 Cara penurunan al-Quran atau wahyu kepada nabi dalam dua cara :

1.Penurunan wahyu dengan erti al-lihaa’ (  الايحاء) iaitu memberi wahyu.

2.Penurunan wahyu dengan erti al-Muuha Bih ( الموحى به ) iaitu yang diwahyukan.

PENURUNAN WAHYU DENGAN ERTI AL-LIHAA’

Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis :

1. Wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa sebarang

    perantaraan. Termasuk juga mimpi-mimpi para nabi dan Rasul yang benar.

2. Nabi dan Rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka  

    di sebalik hijab.

3. Wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril.

 Wahyu jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk :

 a. Nabi dapat melihat sendiri kehadiran Malaikat Jibril. Samaada Malaikat Jibril

     dapat dilihat oleh nabi dalam rupa bentuknya yang asli atau dengan

     menyerupai bentuk manusia biasa.   

b. Nabi tidak dapat melihat Malaikat Jibril ketika menerima wahyu tetapi baginda

    hanya mendengar dan dapat mengetaui kedatangan Malaikat Jibril melalui

    suara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diteima dalam

    bentuk ini merupakan yang berat bagi Nabi sehingga kadang-kadang baginda

    mengeluarkan peluh walaupun dalam keadaan cuaca yang sejuk.

 PENURUNAN WAHYU DENGAN ERTI AL-MUUHA BIH

Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian :

a.Al-Quran

b.Hadis – Walaupun pada dasarnya Hadis adalah ucapan Nabi, namun

                sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah

                Cuma dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa baginda sendiri.

KEPENTINGAN WAHYU

Kepentingan wahyu dapat dibahagikan dalam dua keadaan :

1.Kepentingan Wahyu Terhadap Individu

2.Kepentingan Wahyu Terhadap Masyarakat

 

KEPENTINGAN WAHYU TERHADAP INDIVIDU

Antara kepentingannya ialah :

a. Dapat memberi panduan kepada individu muslim itu supaya patuh kepada

     Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa  sebarang keraguan.

b. Dapat memandu akal individu supaya berfikir dan mengamati dan

     menggunakan sebaik mungkin nikmat Allah.

c. Menjadikan sesorang hamba itu akan teguh iman dan akidahnya kepada Allah

    dan tidak melakukan penyelewengan dalam iktikadnya.

d. Dapat menjadikan sesorang muslim itu yang terbaik dan contoh kepada orang

     lain pada masa hidupnya.

e.  Dapat memberi cahaya dan sinaran kepada individu dan menyingkap kearah

     jalan yang baik dan petunjuk.

KEPENTINGAN WAHYU TERHADAP MASYARAKAT

Antaranya ialah : 

i.             Menjamin kemaslahatan masyarakat.

ii.                  Menggariskan hak dan tanggungjawab secara individu yang mana perlu dilakukan  

            terhadap masyarakatnya.

iii.                Menguatkan hubungan kemasyarakatan dengan cara dapat menjinakkan dan dapat

            membina masyarakat di atas dasar satu umat dan kekuatan iman kepada Allah

            seterusnya tahu akan peranan masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: