ULASAN BUKU

TAJUK :  KURIKULUM DAN PENDIDIKAN GURU

Penterjemah buku ini iaitu Ahmad Jaffni Hassan, Mohamad Nordin Zainuddin & Asiah Idris. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1990. Buku ini adalah terjemahan yang sah daripada buku “Curriculum and teachers  Education” yang disunting oleh : Prof. Muhammad Hamid Al Afendi & Prof. Nabi Ahmed Baloch edisi pertama 1950, terbitan King Abdulaziz Universiti Jeddah tahun 1980.

Buku ini merupakan kumpulan kertas kerja yang diseminarkan dalam Persidangan Dunia Yang Pertama Tentang Pendidikan Islam di Mekkah pada tahun 1977. Dua eleman yang sangat penting dalam dunia pendidikan telah dibincangkan dalam persidangan ini iaitu pertama mengenai Kurikulum dan kedua mengenai Pendidikan Guru.

Dalam buku ini menyatakan objektif utama persidangan ini iaitu untuk mengenalpasti dan untuk merumuskan prinsip serta dasar yang dapat merobah sistem-sistem pendidikan individu yang ada sekarang ini, agar menjadi sistem yang benar-benar Islam sifatnya. Di samping dapat mengenalpasti antara langkah-langkah lain guru-guru harus mempelopori perubahan ini.

Dalam bahagian pertama buku ini  membincangkan 6 kertas kerja mengenai Kurikulum dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya tidak termasuk pendahuluan. Perkara yang dibentangkan iaitu di antaranya mengenai konsep kurikulum pendidikan Islam (Bab 1, 2 & 3), seterusnya perbincangan Pendidikan menurut kurikulum lama dan kesannya terhadap zaman moden, kemudian diikuti pula mengenai Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Eropah (United Kingdom & Great Britain) dan masalah-masalah yang dihadapi (Bab 5 & 6)

 

BAHAGIAN PERTAMA – KURIKULUM

Dalam persidangan ini menyatakan bahawa dalam dunia pendidikan, kurikulum adalah merupakan suatu perkara yang sangat penting. Ini adalah kerana dengan kurikulum kita dapat mencorakkan pendidikan itu. Pendidikan itu nanti yang akan disampaikan kepada anak bangsa atau masyarakat dengan melalui guru-guru atau para pendidik. Kurikulum yang bersendikan Islam belum tentu akan menjadikan ilmu pendidikan benar-benar bercorak keislaman, jika sekiranya egen pendidikan iaitu guru tidak mematuhi ajaran Islam, tidak memahami kaedah mengajar yang betul sejajar dengan objektif dan matlamat serta falsafah Pendidikan Islam.

Sewajarnya dalam negara Islam perlu mempunyai kurikulum Pendidikan Islam. Namun kebanyakkan Negara Islam melaksanakan sistem Pendidikan liberal yang ditiru dari Barat atau terpaksa melaksanakan atas sebab-sebab politik negara Islam, yang mana ideologinya mengelirukan dan kekaburan matlamatnya. Ini menunjukkan bahawa sebahagian masyarakat Islam masih mengekalkan kurikulum tradisi Islam dalam sistem Pendidikan Tradisional. Walau bagaimanapun satu usaha menghapuskan fahaman dualisme ini telah dibuat dan beberapa cadangan mengenai kurikulum baru bersendikan Islam telah dibentuk dan dinyatakan dalam buku ini. Secara umumnya pembentukan kurikulum menitikberatkan semua aspek iaitu rohani, jasmani, emosi dan intelek pelajar dengan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. 

Dalam kertas kerja berkenaan juga telah mengariskan di antara ciri-ciri penting dalam kurikulum pendidikan Islam, secara ringkasnya disebutkan ialah : 1.  Kurikulum Islam mewujudkan keperibadian bersepadu dan menyediakan individu dalam setiap aspek kehidupan. 2. Menitikberatkan keperluan rohani dan kepentingan individu. 3. Bertujuan menanamkan kepercayaan, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. 4. Memerlukan suasana rohani antara guru dan murid bagi menanamkan kepercayaan kepada Tuhan dalam pemikiran dan jiwa murid. 5. Menekankan kepentingan rancangan latihan guru yang baik. 6. Membantu individu memperoleh sifat ulama yang terpelajar. 7. Menekankan nilai dan keikhlasan manusia dalam bekerja kerana Allah dan manusia. 8. Mengukur kepercayaan, akhlak dan pengetahuan manusia dalam mencari cahaya ketulusan dan dedikasi terhadap kerjanya. 9. Kurikulum Islam menerima perkaedahan yang disebut dalam al Quran.

          Selain itu perkara yang dibincangkan juga ialah pembentukan kurikulum Pendidikan Islam, mengenai kandungan dan sukatannya hendaklah berasaskan ideologi berunsur ketuhanan, kerasulan, Akhirat dan konsep khalifah. Pendidikan hendaklah memberikan penekanan khusus terhadap pembangunan keperibadian individu dengan cara yang betul dan seimbang.

          Untuk menuju ke arah itu, dalam persidangan ini telah menekankan betapa pentingnya peranan setiap guru atau seorang pendidik itu dalam menyampaikan tugas ini sebagaimana yang dibincangkan dalam bahagian kedua.

 

BAHAGIAN 2  – PENDIDIKAN GURU

Guru adalah merupakan orang yang berperanan penting dalam sistem pendidikan. Daripada sudut sistem pendidikan Islam, pendidikan guru merupakan intipati dan nadi pendidikan dan peranan guru ialah sebagai anggota masyarakat Islam yang aktif dan komited. Oleh kerana pendidikan guru merupakan bahagian penting daripada sistem pendidikan. Maka objektifnya serupa dengan objektif pendidikan Islam (khususnya bagi negara Islam) kerana objektif utama di dalam pendidikan Islam ialah melahirkan insan yang baik dan beriman agar dapat menjalani kehidupannya dengan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka adalah perlu falsafah, dasar dan kurikulum pendidikan yang berdasarkan melalui Al Quran dan As Sunnah.

Sebuah negara Islam perlulah jelas tentang konsep kecemerlangan gurunya. Walaupun mungkin konsep guru yang baik, tujuan dan dasar pendidikan guru berbeza-beza dalam negara Islam disebabkan kesannya terhadap keperluan, masalah dan keadaan negara berkenaan. Pendidikan guru adalah bertujuan menghasilkan guru yang baik yang kecemerlangannya diukur daripada segi keimanannya, kepercayaannya, tingkahlaku dan peribadinya, kecekapan profesionalnya dan pencapaiannya yang sebenar. guru-guru hendaklah sedar tentang konsep dan kaedah yang dapat digunakan untuk menanamkan kepercayaan dan idea Islam ke dalam pemikiran para pelajar. Memandangkan guru adalah agen penting dalam pendidikan Islam maka adalah sangat ditekankan di sini mengenai keperluan pengambilan serta pemilihan guru dengan cara yang betul untuk pendidikan Islam.

Mengenai perbincangan yang telah dibuat dalam Persidangan Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam ini, secara keseluruhannya telah berpendapat bahawa setiap negara Islam perlu untuk bangkit semula dan memainkan peranan yang telah dilaksanakannya pada masa lalu sebelum kerosakan budaya Islam semasa pemerintahan orang asing. Sekiranya pendidikan Islam ingin bangkit semula maka cara guru-guru dilatih sehingga layak menjadi pendidik haruslah difikirkan semula. Kurikulum bagi pendidikan guru Islam perlu dikaji, disusun semula dan dikemaskini secara keseluruhan menurut kehendak semasa. Misalnya setiap mata pelajaran dan kursus hendaklah diserapkan dengan semangat keugamaan, kaedah mengajar yang sesuai yang diamalkan Islam dan sebagainya.

 

PENUTUP

          Dari apa yang dinyatakan, maka setiap negara Islam itu perlu menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk penggubalan kurikulum Pendidikan Islam yang bersepadu demi untuk  melahirkan insan-insan yang Soleh yang berupaya menjalani hidup sebagai Khalifah di bumi ini.  Untuk menuju ke arah itu, perlunya kurikulum pendidikan guru dijadikan sebahagian dari pemulihan pendidikan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: